Sabtu, 30 April 2016

Stress dan sifat sabar

Ya. Memang saya sedang stress. Sudahlah semalam bengang dengan geng satu office yang langsung tak ada timbang rasa sebagai kawan, bila kerja malam pula, ramai customer yang buat hal. Memang rasa macam nak meletop juga semalam, malah sempat luahkan perasaan dalam group whatsapp dengan kawan kawan. Kalau dah kawan sekerja yang dah lama, kita janganlah terlalu strict ikut peraturan. Tak salah kita tolong coverline kawan yang dalam kesusahan. Kalau kawan tu sengaja nak tuang kerja, itu lain lah cerita. Ini si kawan tu terpaksa cuti kecemasan sebab wife sakit, paling tidak, tolong lah isikan borang cuti untuk dia, sebab lastly borang tu bukannya orang lain pun yang akan proses.

Tak pun, kalau sibuk sangat, jumpa kawan tu secara terus dan suruh dia isi borang bila dia masuk, tak payah lah email kepada semua orang termasuk CEO dalam syarikat sebagai peringatan untuk isi borang cuti yang dah lepas.

Tapi, abaikan aja lah. Tak guna fikir panjang. Alhamdulillah aku masih mampu mengawal perasaan dari menzahirkan kemarahan itu sehingga selesai semua kerja. Tapi sekarang aku makin berazam untuk mencari kerja tetap yang lain.

Kita selalu dengar, sabar itu sebahagian daripada iman. Kita tahu, tapi masih sukar hendak mengamalkannya. Namun itu tidak sepatutnya menghalang diri kita dari terus mencuba yang terbaik. Sifat penyabar bukan boleh datang dengan sekelip mata, dan orang yang paling sabar pun sekali sekala akan meletup juga. Aku tak rasa diri aku ni jenis penyabar. Tapi aku tahu aku ni jenis cool. Kalau ada orang sakitkan hati aku, aku just ignore sahaja. Aku bayangkan orang tu tak wujud. Mungkin setengah orang akan kaitkan ia dengan sifat penyabar. Namun, jika betul, ia mungkin sifat sabar yang tahap paling rendah.

Sebagai seorang 'rider' hampir setiap malam, banyak masa aku habiskan atas motor sahaja. Kalau aku berzikir sambil bawa motor, ada juga faedahnya. Boleh juga membentuk sifat sabar semasa bawa motor dan tak terburu buru kejar lampu merah. Mana tahu mungkin tuhan akan murakan rezeki aku juga. Idea menarik. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan