Ahad, 29 Mei 2016

Sibuk dan keletihan

Sangat susah untuk luangkan masa untuk mengemaskini blog ini bila masa yang ada terhad dan tidak mengcukupi. Selepas penat balik kerja part-time, aku sudah terlalu letih untuk berfikir. Mahu tak nya, jika aku melaksanakan tugas 'closing' kedai, paling tidak 12.30 malam baru sampai rumah. Selepas segera mandi dan makan (jika ada), pukul 1.00 pagi paling awal baru boleh meletak kepala atas bantal. Biasanya, jika masa itu pegang telefon, jawabnya aku akan tertidur dengan telefon di tangan.

Kerja siang aku bermula 8.30 pagi, dan perlu keluar rumah 30 minit lebih awal. Tak termasuk waktu untuk bersiap dan sarapan. Jadi jumlah masa tidur biasanya akan kurang dari 6 jam sehari. Kadangkala aku ambil kesempatan untuk tidur waktu rehat tengahari antara 1.00 dan 2.00 petang, itupun kalau kerja tak banyak. Tapi sejak kebelakangan ni, memang kerja sangat banyak. Nak tak nak terpaksa buat jua. Takkan aku nak bagi alasan aku kerja part time di waktu malam, aku boleh kurangkan kerja waktu siang.

Pasti ada orang yang akan berkata, buat apa kerja part time ni. Nanti letih badan. Bagi aku, ia memang meletihkan. Tapi berbaloi keletihan tu dengan gaji tambahan yang aku dapat. Lagipun, ini cuma sementara. Sudah semestinya aku sedang mencari kerja baru yang gajinya sama atau lebih dari jumlah gaji kedua-dua kerja ku sekarang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan