Jumaat, 29 April 2016

Azam baru di hari Jumaat

Alhamdulillah

Sekali lagi aku diberi kesempatan untuk bertemu dengan penghulu hari. Semakin lama semakin meningkat umur, semoga besamanya juga akan datang kematangan.

Rezeki yang halal ada di mana mana. Selagi kita ada kekuatan untuk mengusahakannya, selagi itu kita boleh dapat rezeki yang halal. Namun, jauh dalam benak kepala, aku terfikir apa akan berlaku nanti bila tenaga untuk aku terus bekerja sudah tiada atau mungkin jika umur ku tidak cukup panjang. Bagaimana dengan isteri dan anak anak ku akan meneruskan hidup?

Memang aku ada sedikit simpanan KWSP yang boleh digunakan jika keadaan itu tiba, tapi jumlahnya mungkin tidak cukup untuk tempoh masa lama. Buat masa ini, hanya aku seorang sahaja bekerja. Walaupun terpaksa membuat 2 kerja sekarang (1 full time dan 1 part time), aku masih belum mampu letak duit sebelah untuk simpanan hari tua. Maybe benar, aku agak boros sekali sekala, tapi selalunya aku agak berjimat. Dah bertahun aku tak sarapan atau lunch di kedai, kecuali jika isteri buat bekal makanan. Baju baru pun dah tak beli lebih 3 tahun. Malah baju kerja aku pakai sekarang adalah baju sama yang aku pakai masa datang interview, lebih 5 tahun dulu.

Jika seorang penasihat keewangan peribadi baca ni, sudah pasti dia akan cakap apa aku buat ni ada yang tak kena. Dalam bajet peribadi, setiap bulan kena ada 20 - 30% gaji sepatutnya masuk ke dalam simpanan. Aku memang tahu hal ini, tapi tak dapat buat macam tu. Sebab kalau ada lebihan duit, suda pasti perkara pertama yang aku terfikir ialah apa yang boleh aku belanjakan untuk gembirakan keluarga ku. Tak terlintas dalam kepala iaitu duit ni kalau simpan, boleh digunakan oleh mereka nanti bila aku sudah tiada.

Sesuai lah dengan penghulu hari, aku berazam untuk mula menyediakan rancangan keewangan kepada mereka yang aku tinggalkan selepas aku tiada nanti agar mereka dapat teruskan hidup dengan selesa sehingga mampu berdikari. Satu rancangan jangka panjang.

Bercakap berkenaan rancangan ni, sebentar tadi aku dapat panggilan untuk interview jawatan webmaster di sebuah kolej swasta antarabangsa yang terletak di kawasan Bukit Jelutong. Memang aku ada niat ingin berubah angin, tapi jangkaan tu bukanlah bidang webmastering. Sebenarnya aku rasa kerja macam ni lebih sesuai dengan orang muda, tapi apa salahnya jika mencuba. Mungkin jika ada rezeki dan dengan gaji yang sesuai, aku patut pertimbangkan. Interview itu minggu depan. Kena buat banyak persiapan sebab sudah lama aku tak pergi interview. Semoga dapat memberi impression yang terbaik.

Hari ini jugak, seperti biasa, aku buat kerja last minute  iaitu hantar borang online LHDN. Esok adalah hari terakhir, jadi secara teknikalnya bukan last day atau last minute. Alhamdulillah, tahun ni masih dapat lebihan bayaran. Lebih banyak berbanding tahun sebelumnya, mungkin kerana peningkatan PCB* setiap bulan sebelum ni. Belum dapat lagi duit dah bayang dalam kepala nak guna untuk apa. Susah jugak nak disiplin diri ni... ha ha ha...

* nota kepada yang tak tahu, PCB adalah Potongan Cukai Berjadual bagi orang yang bergaji tetap bulanan. Ia adalah sejumlah wang yang majikan akan potong dari gaji bulanan pekerja dan dibayar kepada LHDN. Jumlah yang dipotong adalah ANGGARAN cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh seseorang. Jumlah terkumpul ini biasanya lebih dari jumlah sebenar cukai pendapatan yang perlu dibayar, kerana biasanya akan ditolak pengecualian dan sebagainya. Jadi rugi lah kepada mereka yang bayar PCB, tapi pengecualian cukai atas dirinya lebih dari yang dia telah bayar, sebab jika ada lebihan, kita boleh tuntut balik. Semak slip gaji jika ada kemushkilan dan bincang dengan HR masing masing jika perlu penjelasan lanjut. Jangan guna ayat "saya tak pernah bayar pun cukai pendapatan" sebab mungkin sebenarnya selama ini ada sudah bayar lebih dari sepatutnya dan tak pernah tuntut lebihan.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan