Isnin, 11 Julai 2016

Bagaimana untuk mendapatkan password WiFi yang telah disimpan bagi Windows 10

As-Salam

Nama blog ini Abang IT, jadi tak lengkap lah jika sekali-sekala tidak ada perkongsian berkenaan IT. Pertama sekali, saya rasa masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya, walaupun hari ini sudahpun raya ke-6.

Jika anda seorang pengguna Windows, sudah pasti akan ada ketika bila anda ingin membuat satu perkara yang dahulunya mudah dalam sistem operasi Windows yang sebelumnya, kini sudah tiada atau berubah tempat dalam sistem operasi Windows 10. Salah satu contoh yang saya ingin kongsikan hari ini adalah bagaimana untuk mendapatkan password WiFi yang telah disimpan dalam komputer Windows 10.

Maksud "disimpan" adalah bagi WiFi yang sudah pernah digunakan sebelum ini iaitu anda atau orang lain pernah masukkan password semasa ingin menggunakan WiFi tersebut pada komputer berkenaan dan memilih untuk simpan rekodnya.

Kaedah ini TIDAK BOLEH digunakan untuk mendapatkan pasword WiFi yang anda tidak pernah gunakan sebelum ini atau mendapatkan password baru bagi WiFi yang telah ditukar password-nya. Dengan erti kata lain, ini bukan teknik "hacking" password WiFi orang lain.

Kaedah 1.

Jika anda sedang connected kepada WiFi berkenaan, prosesnya lebih mudah. Jika anda berada di lokasi di mana dalam jarak WiFi berkenaan, kaedah ini lebih mudah dan cepat untuk digunakan. Sebaliknya, jika wifi berkenaan tidak beroperasi atau tidak berada dalam jarak pancaran, maka sila guna kaedah kedua.
  1. Sila Connect kepada WiFi berkenaan terlebih dahulu. Sudah semestinya anda tidak perlu masukkan password kerana password berkenaan telah disimpan.

  2. Kenalpasti ikon network pada komputer anda dan right click, pilih "Open Network and Sharing Center".


    Jika anda ingin guna kaedah menaip command, atau mungkin tak jumpa ikon network anda, sila tekan Windows + R dan taip

    control.exe /name Microsoft.NetworkAndSharingCenter
     
  3. Seterusnya klik pada WiFi yang anda telah connected:

  4. Klik pada "Wireless Properties"


  5. Klik pada "Security"


  6. Tick "Show characters" untuk lihat password yang telah disimpan.

Kaedah 2. 

Bagi yang lebih berminat untuk menggunakan command prompt ataupun jika anda ingin melihat password bagi WiFi yang anda pernah connect sebelum ini tapi tidak boleh connect pada ketika ini (contoh mungkin sebab berada di luar kawasan), sila ikut langkah langkah berikut:

  1.  Buka Command Prompt
    Start --> taip "cmd" --> klik pada "Command Prompt"

  2. Taip command berikut:

    netsh wlan show profiles
    
    
  3. Tekan Enter. Senarai profile yang telah disimpan akan dipamerkan. Bergantung kepada sejarah komputer bekenaan, senarai ini mungkin panjang dan anda perlu skroll ke atas untuk mencari nama profile yang dikehendakki.


  4. Setelah dapat nama profile atau nama WiFi berkenaan, taip command berikut pula:

    netsh wlan show profile name="PROFILE-NAME" key=clear

    Dalam contoh yang berikut, nama profile saya adalah LIBRARY.


  5. Password akan dilabelkan sebagai "Key Content"


Sekian.
Semoga perkongsian ini berguna kepada anda.